Hari ini keluarga dan peminat menangisi
pemergiannya...
Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sesungguh pemergian beliau di bulan Ramadhan ini pastinya amat dirasai. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham Sharifah Aini. Sesungguhnya negara kita telah kehilangan satu permata yang tidak ternilai harganya. Al-Fatihah.
Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sesungguh pemergian beliau di bulan Ramadhan ini pastinya amat dirasai. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham Sharifah Aini. Sesungguhnya negara kita telah kehilangan satu permata yang tidak ternilai harganya. Al-Fatihah.
Biduanita Negara, Datuk Hajah Sharifah
Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara,
Petaling Jaya akibat penyakit fibrosis paru-paru, awal pagi ini.
Sharifah menghembuskan nafas
terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi ini. Isnin lalu, Sharifah dimasukkan
ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengadu sukar bernafas.
Penyanyi yang terkenal dengan
lagu Terbang Helang dan Seri Dewi Malam itu dibawa ke hospital untuk menerima
rawatan oleh anak lelaki tunggalnya, Omar Ali selepas mengalami masalah
penafasan.
Dilahirkan pada 2 Julai 1953,
Sharifah Aini memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di
Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam.
Allahyarham seterusnya dilamar
syarikat rakaman EMI pada tahun 1969 dan merakamkan album pertama, Seri Dewi
Malam yang mendapat sambutan hebat.
Pernah menghasilkan hampir 100
album, termasuk tujuh album bahasa Inggeris. anak didik Datuk Ahmad Nawab itu
menjadi anak seni pertama yang menerima gelaran superstar.
Dari Allah Kita semua datang...KepadaNya Kita Kembali |
Sumbangan besarnya terhadap
industri hiburan negara dihargai apabila menerima Pingat Panglima Jasa Negara
yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin
Putra Jamalullail pada tahun 2003.
Hasil perkahwinannya dengan Ali
Bakar pada tahun 1981, arwah dikurniakan seorang anak lelaki. Perkahwinan
mereka hanya bertahan setahun dan Sharifah mendirikan rumah tangga buat kali
kedua dengan seoran ahli korporat bergelar Datuk tetapi bercerai pada tahun
1992.
Jenazah akan dibawa ke Masjid
At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan.
- AlFatihah...
0 comments:
Post a Comment
Komen anda