Memetik Kata-kata Ketua Sektor, Sektor Pengendalian Peperiksaan Menengah Rendah dan Rendah, Kementerian Pendidikan, Pn. Johara Abdul Wahab KETIKA ditemubual oleh seorang wartawan baru-baru ini tentang PT3:
- Dari segi pengoperasian, Lembaga Peperiksaan Malaysia(LP) menyediakan jadual kerja, peraturan pentadbiran serta panduan penjaminan kualiti. LP serta personel pentaksiran yang dilantik akan menjalankan penjaminan kualiti bagi memastikan pentadbiran PT3 dan pemeriksaan skrip jawapan dilaksanakan mengikut peraturan pentadbiran, garis panduan dan panduan penskoran yang disediakan oleh LP. Pelaksanaan penjaminan kualiti adalah penting bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan gred yang diterima murid.
- Penambahbaikan sistem pentaksiran ini dapat menyediakan warga negara yang akan berbakti dan memberi sumbangan bererti kepada agama, bangsa dan pembangunan negara.
- Jadi tidak timbul soal guru pentaksir terlalu tegas atau terlalu lenient sebab mereka membuat taksiran mengikut garis panduan.
- Untuk memastikan PT3 ditadbir dengan berkesan: LP telah menyediakan Panduan Penjaminan Kualiti bagi memastikan pentadbiran PT3 dan pemeriksaan skrip jawapan mematuhi garis panduan yang telah disediakan.
PT3-Bagi Soalan bertulis dijangka 12-17 OKTOBER 2014 |
0 comments:
Post a Comment
Komen anda