Cuti Ke Penghujungnya

   Sedar tak sedar hari ini merupakan hari terakhir cuti sekolah 2 minggu....Semak punya semak banyak juga kerja yang dapat saya siapkan...Alhamdulillah!!!...Bila di senaraikan balik seronok juga..walaupun macam biasalah ada juge 'projek' yang tertangguh............antara yang dapat dilaksanakan ..

  • Dapat hadiri kenduri,kenduri,kenduri kahwin...terkadang lebih dari 2 majlis satu hari
    Hiasa En Google....
  • Bersama anak-anak sepenuhnya...siang dan malam
  • Menjenguk  'Rumah Hinggap' di Kluang.
  • Mengikuti rombongan 'Cikgu Kiah' ke Kelantan dan Terengganu(yang sentiasa dlm ingatan)
  • Mengikuti Rancangan 'Tanyalah Ustaz' secara marathon....
  • Mengikuti Ceramah Israj & Mikraj...marathon juga melalui Youtube...
  • Mengadakan Kelas Tambahan dengan pelajar2 selama 2 hari
  • Membeli Perabot baru(marathon berkemas....seiisi antero rumah...hehe)
  • Berkampong/bertebaran di KLIA...menghantar rombongan saudara mara pergi UMRAH...
  • Mengeratkan Silaturrahim...mengujungi rumah2 rakan2..ada yg 20 tahun lebih x jumpa...sekali berjumpa kwn dah dok di PutraJaya...dn bergelar Datin...Alhamdulillah!!!
  • Menerima kunjungan rakan-rakan ke rumah....apa lagi praktislah memasak 'semaunya'...tentunya Menu Nasi Arab tidak ketinggalan!
  • Menyiapkan 'marking' paper...tapi x berjaya lagi melengkapkan SAPS....kerana kerja2 penyelengaraan adminnya...
  • Menjahit 2 pasang batik yang berjaya dirembat dgn proses tawar menawar'penuh perasaan' di Pasar Payang hari tu...
  • Dapat ber 'Whass upp'  sepuas-puasnya dengan anakanda yang jauh nun...di sinun.......Alhamdulillah...dptlah memberi extra semangat ...untuk IMTIHAN mereka!
  • Mengurangkan ketebalan 'Kalamullah'....fight untuk menyambut Ramadhan Kareem...nak cepat khatam sebenarnya!
  • Berjaya juge Pose Rejab....walau belum berjaya Puasa Nabi Daud...seperti saranan Prof MKI.

                                


         Hari ni............nak marathon sterika bajulah pulak,sok dah mula rutin sekolah balik........moga terlaksana...Inshaa-Allah.

0 comments:

Post a Comment

Komen anda