JOM AMBIL RESULT ESOK

PERSEDIAAN UNTUK PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2019






UNTUK CALON DAN IBUBAPA MURID SPM 2019

1. Pastikan sebolehnya semua murid SPM 2019 berada dalam negara. Di rumah dan berada mudah dekat dengan sekolah dimana murid tersebut menduduki SPM 2019.

2. Jika bekerja sambilan pastikan mengambil cuti pada tarikh 5 Mac 2020. Pelbagai urusan di sekolah perlu diurus.

3. Lapangkan masa sekurang-kurangnya 2 minggu selepas keputusan diumumkan bagi memberi peluang kepada murid SPM 2019 mengisi borang permohonan ONLINE kemasukan ke IPT. Borang online penajaan biasiswa juga di keluarkan pada tempoh ini.

4.  Keperluan komputer dan printer. Keperluan ink printer,  kertas A4 berkualiti tinggi. Pastikan murid boleh laksanakan tugas memohon IPT dan Biasiswa Penajaan online ini dengan baik samada di rumah atau dimana-mana sesuai.

5. Peranan ibubapa/ahli keluarga membantu dan memberi peluang kepada murid SPM 2019 mengisi borang online sangat mustahak. Semua permohonan memerlukan talian internat.

6. Jika tidak mendapat sokongan dan bantuan ibubapa/ahli keluarga bagi tujuan tersebut. Mohon bantuan Kaunselor/ Guru dan pihak sekolah.

7. Pastikan murid tidak ketinggalan tarikh penting pembelian No. PIN UPU di Bank Simpanan Nasional. Bawa Kad Pengenalan sendiri. Rahsiakan no. pin. Simpan no. pin UPU dengan selamat.

8. Peka kepada iklan Biasiswa ke Luar Negara. Iklan akan menyusul di media sepanjang minggu keputusan di umumkan. Peka dengan prosedur dan kaedah permohonan. Lazimnya masa singkat 7 hingga 14 hari tempoh permohonan.

9. Pastikan semua murid SPM 2019 menyimpan semua dokumen slip SPM, sijil Psikometrik dan Segak. Apa sahaja sijil dan dokumen pengesahan dari pihak sekolah di simpan rapi. Ia akan di perlukan semasa temuduga.

10. Sediakan satu fail mencukupi menyimpan dokumen penting. Kemaskini fail ini kerap. Termasuk sebagai persediaan TEMUDUGA program tertentu UPU dan biasiswa ke luar Negara.

11. Persediaan wang tunai mencukupi untuk membeli no. pin permohonan Biasiwa,  No. PIN UPU dan fotocopy sijil jika diperlukan.

12. Gambar saiz pasport juga diperlukan oleh sesetengah pihak Penaja. Pastikan gambar dalam keadaan kemas, bersih, dan memperlihatkan kesungguhan.

13. Persediaan pakaian, kasut, tudung, tali leher, kemasan rambut dan wajah bagi menghadapi temuduga.

14. Ibubapa perlu memberikan sokongan khususnya kewangan, sokongan dan galakkan bagi anak-anak membuat persediaan menyambung pengajian. Pelbagai aspek persediaan khususnya aspek kewangan diperlukan semasa proses permohonan lagi. Kos diperlukan bagi tujuan membeli no pin dan hadir temuduga.

15. Pastikan pemohon mempunyai maklumat latar belakang ibubapa/penjaga dengan lengkap. No. Kad Pengenalan. Alamat lengkap. Butir pendapatan dan segala rekod peribadi. Ia diperlukan dalam banyak dokumen permohonan. Kegagalan menunjukkan butiran penting seperti pendapatan boleh menjejaskan peluang.

16. Pemohon sendiri perlu peka tarikh penting. Ia bagi mengelakkan pemohon terlepas dan menyesal tak sudah.

17. Amat mustahak pemohon mempunyai akaun email dan no telefon peribadi bagi urusan permohonan. Cipta akaun email yang sesuai. Tinggalkan zaman kanak-kanak dalam mencipta email. Di cadangkan oleh saya guna email gmail.

18. Banyak penaja penting seperti JPA, Mara, Petronas, Telekom, Shell, Khazanah, TNB, PNB, Kerajaan Negeri dan Yayasan akan mengeluarkan iklan dalam Surat Khabar Utama. Pastikan tidak ketinggalan. Beli surat khabar pada minggu keputusan SPM 2019 di umumkan.

19. Kesihatan dan keselamatan amat mustahak pada waktu-waktu genting sebegini. Leka berseronok dengan kawan-kawan meraikan keputusan boleh mengundang padah dan tragedi hitam. Di tambah dengan baru sahaja mendapat Lesen P.

20. Peranan ibubapa/penjaga amat mustahak dalam kawalan keselamatan dan kesihatan anak dan jagaan dalam tempoh ini. Kerap berlaku tragedi kerana mereka ini adalah pemandu baharu di jalan raya yang baru sebulan dua memandu kereta.

21. Kegagalan mengikuti dan patuh prosedur permohonan mengundang padah apabila terlepas tarikh. Peka dengan tarikh dan maklumat penting.

22. Sebarkan artikel ini sebagai peringatan kepada calon dan ibubapa murid SPM 2019 yang bakal mendapatkan keputusan pada 5 Mac 2020.

23. Hadir ke KARNIVAL JOM MASUK U 2020 sangat mustahak bagi pemohon dan ibubapa faham keseluruhan proses menyambung pengajian ke IPT.

Semoga Berjaya Menggapai Impian !

0 comments:

Post a Comment

Komen anda