AMALI FASA 1 2020 BERMULA

BISMILLAHIROHMANIROHIM,

SOALAN

 Pasukan sekolah anda akan menyertai pertandingan Dikir Barat sempena pesta flora dan fauna peringkat negeri.
 Berdasarkan pernyataan itu,

(a)Hasilkan sehelai rompi yang menarik mengikut tema itu. Rompi yang dihasilkan hendaklah mempunyai proses jahitan berikut:
  •       (i) Kelim
  •       (ii) Garis leher 
  •       (iii) Penghilang gelembung 
  •       (iv) Penyudah tepi
  •       (v) Kancing / hiasan


 (b) Hitung kos untuk membuat sehelai rompi itu.








1.0    ARAHAN KEPADA GURU

1.1       Guru perlu memahami sepenuhnya pelaksanaan kerja amali ini.

1.2       Memastikan calon melaksanakan tugasan yang diberi mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu bermula pada bulan Ogos hingga September (2 bulan).

1.3   Merancang pelaksanaan dan penilaian tugasan dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

1.4       Setelah tugasan ini dimuat turun, guru dikehendaki memberi taklimat awal kepada calon.

1.5   Guru disarankan membuat persediaan bagi meningkatkan kemahiran calon dari segi penguasaan tugasan yang akan diberi kelak.

1.6      Guru hendaklah menyediakan segala kemudahan kepada calon untuk melaksanakan amali jahitan seperti berikut:

(a)  menyediakan bahan dan peralatan yang lengkap.

(b)  menyediakan borang ukuran badan (Lampiran 1).

(c)    memastikan setiap calon mengisi borang ukuran badan (Lampiran 1).

1.7     Aktiviti amali ini boleh dilaksanakan dalam waktu Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dengan dikawal sepenuhnya oleh guru mengikut peraturan pentaksiran kerja kursus.

1.8       Membimbing calon dalam melaksanakan tugasan adalah seperti berikut:

(a)  menerangkan langkah kerja amali yang akan dilaksanakan.

(b)  mengenal pasti sumber rujukan yang berkaitan dengan tugasan.

(c)    memberi pandangan atau komen tentang hasil kerja calon.

(d)  memberi cadangan untuk penambahbaikan hasil kerja calon.

1.9       Guru adalah DILARANG daripada melakukan perkara berikut:

(a)  membantu calon mendraf pola.

(b)  membantu calon menjahit blaus/rompi.



TERHAD
3
3769/2

1.10    Guru hendaklah memastikan hasil kerja calon adalah hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak.

1.11    Guru perlu merujuk kepada Rubrik Penskoran yang disediakan sebagai alat pentaksiran yang akan diberikan penskoran.

1.12    Memeriksa dan memberi skor kepada hasil tugasan calon dengan menggunakan Borang Skor Calon dan Borang Skor Kelompok Calon yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

1.13     Skor calon hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan.


SELAMAT MAJU JAYA SEMUA.















                     


















0 comments:

Post a Comment

Komen anda