SELAMAT MENDUDUKI PT3 2015

Assalamualaikum...

Kepada semua anak2 didik yang disayangi di SMKRMM & semua calon PT3 di seluruh pelusuk tanah air....

Nak kongsikan ucapan dari Kepimpinan Negeriku...

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PT3 PELAJAR-PELAJAR ANAK TERENGGANU.

Esok 12 Oktober 2015  akan bermulanya Peperiksaan PT3 di seluruh negara. Bagi pelajar-pelajar anak Terengganu khususnya saya dan isteri mengucapkan selamat menduduki peperiksaan.

Setelah tiga tahun para pelajar melalui proses pembelajaran, kini tibalah masanya anda akan dinilai tahap pencapaian masing-masing. Saya percaya pengalaman yang dialami semasa UPSR dahulu dapat memberi laluan kekuatan semangat.

Selama tiga tahun pelajar yang akan menduduki peperiksaan esok telah dibantu tanpa penat atau putus asa oleh para guru yang tidak lokek ilmu dan tenaga, ibubapa yang sanggup berkorban apa sahaja, PIBG yang peka dengan tuntutan masa juga para pegawai JPNT yang merancang melewati pemikiran biasa. Sesungguhnya kepada semua saya dan kepimpinan negeri merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah atas segalanya.

Nasihat saya sebagai bekas guru kepada para pelajar, persiapan saat-saat akhir sebelum melangkah ke dewan peperiksaan sangatlah penting;
-minta jagalah kesihatan sepanjang tempoh peperiksaan.
-tidur awal, kalau sukar melelapkan mata, berzikirlah dalam hati, mudah-mudahan pelajar tertidur dalam aman dan tenang
-buat persiapan awal barang @ kelengkapan peperiksaan
-sebelum memulakan menjawab soalan jangan lupa bacalah apa-apa sahaja doa yang mudah supaya Allah SWT memudahkan sebarang tindakan

Inilah nasihat yang dibekalkan oleh para guru terdahulu. InsyaAllah para pelajar akan ditunjukkan jalan yang benar.

Jangan terlalu memikirkan keputusan yang bakal diraih nanti. Semuanya bergantung kepada rezeki Allah jua. Bertawakal kepadaNya, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Sekali lagi saya, isteri dan pasukan kepimpinan mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PT3. Para warga pendidik walau apa jua kedudukan dan tanggungjawab kita ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Amat besar sumbangan tuan-tuan dan puan-puan, hanya kepada Allah saya berserah. Para ibubapa yang saya hormati, peranan kita tidak berhenti di sini, teruskan beri pertolongan kepada anak-anak dengan solat hajat dan berdoa. Itulah senjata berguna bagi kita sejak zaman berzaman.

Bagi pihak kerajaan saya dan para pemimpin akan sentiasa membantu sedaya upaya kita, kerana impian kerajaan ingin melihat semua anak Terengganu berjaya dalam pendidikan. DENGAN ILMU HIDUP JADI MUDAH DENGAN IMAN HIDUP JADI TERARAH
Inilah pegangan kita.

Selamat menduduki peperiksaan PT3.

YAB DATO' SERI HJ. AHMAD RAZIF B. ABD. RAHMAN
Menteri Besar Terengganu.





0 comments:

Post a Comment

Komen anda