Seperti biasalah...bila awal satu dua bulan di tahun baru persekolahan begini...selepas keputusan PMR dan yang terbaru PT3...seseorang Guru Penyelaras Tingkatan 4 sedikit sebanyak terganggu fikirannya dalam melayani permintaan para pelajar antara kemampuan,impian,maupun campur tangan kehendak keluarga para pelajar.
Terima kasih kepada semua yang memahami...
SYARAT BARU KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 ALIRAN SAINS 2015
Dipetik daripada Portal Rasmi KPM, berikut adalah surat siaran KPM memaklumkan kriteria syarat baru kemasukan murid ke Tingkatan 4 Aliran Sains bermula tahun 2015 yang berdasarkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk panduan ibu bapa dan pelajar semua.
Antara syarat-syarat baru atau kriteria kemasukan ke Tingkatan 4 Aliran Sains bermula 2015 adalah seperti berikut :-
- Murid mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam Sains dan Matematik dalam keputusan PT3 digalakkan mengikuti aliran sains
- Murid yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik dibenarkan mengikuti aliran sains
- Kes Khas : Murid yang mendapat gabungan gred A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik.
- Murid yang dapat gred E dalam mana-mana matapelaran tidak layak masuk aliran Sains.
0 comments:
Post a Comment
Komen anda