TETAMU ALLAH

HARINYA TIBA LAGI

Alhamdulillah,syukur Ya Allah,hari ini kami ,saya dn en somi,dn 2 anak -anak tersayang dijemput lagi menjadi tetamuNya. Syukran Ya Allah.Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Mu.
Manisnya lagi kali ini kami dapat berpeluang mengimbau kembali detik-detik menjadintetamuNya di musim haji 2004, iaitu berihram dari tanah air. Ini bermakna perjalanan kami terus dari KLIA-JEDD-MEDINNA.

Hari ini tanggal 22 Mac 2014 kami  diterima  menjadi tetamunya untuk ke sekian kalinya melalui Agen WIRA SAUJANA.

Ya Allah !Ya Raheem...kau lancarkanlah perjalanan SV 831kami ke destinasinya. Semoga kami di permudahkan semua urusan dan pulang dengan umrah yang makbul.InsyaAllah.
Alhamduillah kami dapat seat sederet...46D,E,H,G. Taklah  duduk bersepah yang sangat sukar nak memantau makan minum dak Nurin yang kuat tido dalam penerbangan....

Setelah menunggu hampir hampir 5 jam kerana fligth delayed selama 2jam...Alhamdulillah lebih kurang jam 5.30 ptg kamipun mendaftar masuk ke bangunan stelite..melalui pintu B37 nun jauh ke selatan.Kira-kira satu jam sebelum 'take off"...isyarat dari anak kapal dalam bahasa arab,inggeris dan bahasa melayu...membaritahu bahawa kami telah tiba ke Qornumunazzil...iaitu tempat berniat Ihram...maka bermulalah perjalanan Ihram dan kami perlu menjaga ke semua 13 pantang larang dalam ihram kami....Robbi yassir wallatuassirr....Ya Allah permudahkan segalanya.....LABBAIKALLAHUMALABAIK......

Kami selamat sampai dan Checkin Nada Diaffah jam 9.35 malam. Alhamdulillah kami ditempatkan di bilik 102 secara berempat.Biliknya cukup selesa.Setelah makan malam,dan berehat sebentar...kira-kira jam 10.30 malam kami dibawa oleh Mutawwif yang bertugas untuk melengkapkan umrah pertama kami. Disebabkan orang terlalu ramai.....kami cuma dapat menyiapkan umrah iaitu bertahlul kira-kira jam 1.30 pagi....jadi kamipun...berehat saja di masjid Agong ini sementara menunggu masuk waktu subuh iaitu sekitar pukul 4 52 pagi....macam lama kan?...tapi sebenarnya tidak terasa begitu jika kita di sini.....

Alhamdulillh setelah berjaya mengerjakan beberapa kali umrah bersama suami dan anak-anak,melakukan ziarah dalam dan ziarah luar kota Mekah seperti Tanaim,Hudaibiyyah dan Jaaranah,melakukan tawaf sunat dan beritikaf di masjid yang amat dirindui setiap detik dan ketika ini,maka tibalah saat dan ketikanya kami meneruskan perjalanan untuk menziarahi Junjungan s.a.w di bumi Madinah Almunawarrah.

Jadi,pada 29 Mac,kira-kira jam 2.00 petang rombongan kamipun bertolak ke Madinah,setelah selesai mengerjakan tawaf Wida' iaitu tawaf selamat tinggal terhadap Baitullah.Rasa lapang sikit didada...apabila kami ke Madinah setelah menyelesaikan Umrah kerana tidak lagi terikat dengan pantang larang ihram,berbanding dengan jika kita ke Madinah dahulu diikuti ke Mekah untuk mengerjakan umrah.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan izinNya jua....ALLAHUAKHBAR!!! Kaulah sebaik-baik perancang Ya Rabb.


Beberapa keping pic kenangan.....

Setelah mengharungi perjalanan lebih kurang 7-8 jam...akhirnya kira-kira jam 8 malam kami selamat tiba ke kota penuh cahaya ini.Perjalanan bas kami begitu lancar. Di Madinah kami chek inn di Hotel Al Anwar Movenpick.Alhamdulillah sekali lagi mengimbau kenangan musim haji saya dan suami pada tahun 2004. Cuma bezannya masa haji kami menginap di Bilik 603.Al Haram Tower iaitu bilik kami meengadap Masjidil Al Nabawi,tetapi kali ini kami menginap di Bilik 702 di Madinah Tower.Ini kerana Hotel ini mempunyai dua Tower yang mana menyebabkan kekeliruan kepada bukan sedikit jemaah kerana kedudukan No bilik dan Aras adalah sama...yang berbeza  cuma menaranya sahaja. Di sini kami makan dan minum di Restoren Toyibbah di Aras 1....yang mana settingnya begitu superb.....maklumlah Hotel 5 bintang....Syukur Alhamdulillah,cuma menu dan masakannya... ala-ala sahaja....bak kata Ustaz Mutawwif...menu THAINDON(iaitu Thailand dan Indonesia)...tapi bagi saya...rasa macam lebih kurang masakan orang Bandung aje...jagung rebus,keropok sayur tak boleh tinggal.........hihi..rindu pulak dengan masakan dari Catering ketika di Mekah.....saja sampingan je ni..


Pic Kenangan di Sekitar Madinah  Al Munawarrah


bersambung.....

0 comments:

Post a Comment

Komen anda