Tajuk Hari Ini ERT 4 Tasawwur 2014 (7.30-8.45)

Assalamualaikum semua,
Apa khabar hari ini....Alhamdulillah semua dapat datang hari ini....


Prinsip Memasak


 Bab 4 : Prinsip Memasak
1.     Tujuan memasak makanan adalah supaya makanan itu selamat dimakan, tahan disimpan, memudahkan pencernaan, membaiki rupa dan tekstur supaya lebih menarik dan menyelerakan, mempelbagaikan masakan, dan menambahkan perisa makanan
2.     Prinsip memasak makanan ialah penyediaan makan dengan kaedah memasak yang sesuai. Kesan haba terhadap makanan melalui kaedah memasak yang berbeza dapat memperoleh rupa, warna, tekstur, rasa, dan kehilangan nutrient paling sedikit dalam makanan.
3.     Terdapat dua kaedah memasak iaitu:-

(a)    Kaedah memasak menggunakan haba kering seperti menggoreng
(b)   Kaedah memasak menggunakan haba lembap seperti mengukus, merebus, mereneh, merendidih dan mencelur.
1.     Ciri hasil makanan yang dimasak dengan kaedah menggoreng adalah garing dan berwarna kuning keemasan. Sayuran yang digoreng adalah lembut tetapi rangup.
2.     Ciri hasil makanan yang dimasak dengan kaedah haba lembap adalah lembut, lembab, dan tidak begitu menarik warnanya. Masakan yang dikukus dan dicelur kelihatan kering sedikit berbanding dengan makan direneh dan merendidih yang berkuah. Makanan direbus yang menggunakan cecair yang banyak boleh digunakan untuk membuat air rebusan, sup, atau sos.
3.     Kelebihan dan kelemahan memasak makanan menggunakan haba kering :-

kelebihan
Kelemahan
(a)    Cepat dimasak(b)   Bewarna menarik
(c)    Tekstur rangup dan garing
(a)    Mudah hangus(b)   Mengandungi minyak yang banyak
(c)    Sukar dicenakan
1.     Kelebihan dan kelemahan memasak menggunakan haba lembap :-
kelebihan
Kelemahan
(a)    Mudah dicernakan(b)   Tidak menggunakan minyak
(c)    Tekstur lembut
(d)   Kurang memerlukan perhatian
(a)    Lambat masak(b)   Kurang menarik dari segi rupa dan warna
(c)    Tidak sesuai untuk semua makanan

(d)   Kesan haba terhadap beras, sayuran dan ikan.

(a)    Beras
Haba kering
Haba lembap
·         Rupa – ringan
·         Warna – kekuningan
·         Tekstur – rangup
·         Rupa – kembang
·         Warna – putih atau perang
·         Tekstur – peroi



0 comments:

Post a Comment

Komen anda