SELAMAT BERJUANG

Assalamualaikum,

Selamat menghadapi Pep SPM kepada 470,395 calon yang menduduki Peperiksaan Besar ini yang telah bermula pada 6/11/2013 hingga 5/12/2013.  Pada hari pertama peperiksaan berlangsung kita semua telah dikejutkan dengan berita sedih dengan pemergian dua orang calon seorang lelaki dan seorang lagi perempuan dn kebetulan kedua2 nya berasal dari pantai timur. Keputusan Post mortem mendapati kematian peljar yang tiba2 jatuh pengsan ketika sedang menjawab kertas1 Bahasa Melayu itu adalah disebabkn pembuluh darah di kepalanya telah pecah,sementara pelajar lelaki dari Dungun pula telah koma 3 hari sebelumnya akibat kemalangan jalan raya.  Sama2lah kita berdoa agar roh keduanya dicucuri rahmat Ilahi dan moga keluarga mereka kuat menghadapi ujian ini. Sesungguhnya kita semua adalah milikNya ,jodoh,rezeki dan maut adalah perancangan mutlakNya! Al fatehah...




KUALA TERENGGANU 6 Nov. - Kedua-dua tangannya tidak dapat berfungsi namun keadaan itu tidak menghalang calon orang kurang upaya (OKU) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nor Ismawati Abdul Aziz, 17, untuk menduduki peperiksaan itu hari ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131107/pe_02/Jawab-soalan-guna-kaki#ixzz2jyA1mVWe .Allahuakbar!...bersyukurlah kita dengan kesempurnaan yang dimiliki.

Sementara seorang calon perempuan yang terpaksa mengambil peperiksaan di sebuah penjara di Kelantan berharap beliau akan mendapat keputusan yang cemerlang.Sesungguhnya pelbagai ragam manusia dapat kita jumpa pada hari ini dapat memberi pelbagai pengajaran dan ikhtibar untuk kita melayari hidup yang penuh dengan suka duka, maupun tawa dn tanggis.






1 comments:

s..a..y..a... (^_^) said...

teringat kenangan menduduki SPM..sangat teruja dan bersemangat sambil sedikit ketakutan membuat kecut perut..^__^

Post a Comment

Komen anda