Usaha
Tingkatkan Pencapaian Internet Sistem PBS Sedang Dilakukan
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Usaha
untuk menambahbaik pencapaian internet bagi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) yang lebih lancar sedang dibuat dan dijangka dapat diselesaikan
sebelum permulaan musim persekolahan baru awal tahun depan.
Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan berkata kerajaan sedar dan memandang serius keluhan guru tentang pencapaian internet sistem PBS yang sangat tidak memuaskan hingga melambat dan menambah beban tugas mereka.
"PBS bukan untuk bebankan guru tetapi untuk menyediakan satu pentaksiran
pelajar yang lebih holistik yang bukan berlandaskan peperiksaan semata-mata.
"Tapi dalam pelaksanaannya, banyak cabaran dihadapi...Kita dalam proses cari penyelesaian," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Katanya, sistem PBS sedang dihentikan ketika cuti sekolah untuk membolehkan pecapaian internetnya dinaiktaraf.
Terdahulu semasa perbahasan, beberapa Anggota Parlimen telah menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap pelaksanaan PBS berikutan aduan daripada guru.
Kamalanathan menjelaskan kajian yang dijalankan kementerian menunjukkan PBS sebenarnya membawa manfaat dan dapat dilaksana dengan baik di sekolah, jika masalah internet dapat diselesaikan.
Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan berkata kerajaan sedar dan memandang serius keluhan guru tentang pencapaian internet sistem PBS yang sangat tidak memuaskan hingga melambat dan menambah beban tugas mereka.
"Tapi dalam pelaksanaannya, banyak cabaran dihadapi...Kita dalam proses cari penyelesaian," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Katanya, sistem PBS sedang dihentikan ketika cuti sekolah untuk membolehkan pecapaian internetnya dinaiktaraf.
Terdahulu semasa perbahasan, beberapa Anggota Parlimen telah menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap pelaksanaan PBS berikutan aduan daripada guru.
Kamalanathan menjelaskan kajian yang dijalankan kementerian menunjukkan PBS sebenarnya membawa manfaat dan dapat dilaksana dengan baik di sekolah, jika masalah internet dapat diselesaikan.
Besut: Dasar Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang sedang dilaksanakan di sekolah di seluruh negara akan diteruskan dengan penambahbaikan mulai Januari tahun depan.
~BERNAMA`
0 comments:
Post a Comment
Komen anda