Assalamualaikum,
Sekadar perkongsian Isu yang telah diluahkan oleh seorang
rakan guru yang telah membuat aduan
dalam Sinar Harian tentangSistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Penulis telah membuat aduan seperti di bawah:
1. Sistem SPPBS memaksa guru-guru menggunakan browser Internet Explorer versi
7-9 yang tidak lagi digunakan di kebanyakkan komputer zaman sekarang. Ia
mengandungi banyak 'holes' dan masalah security pada browser yang berbahaya
& vulnerable kepada pengguna sebab boleh di exploit untuk penyebaran virus
dan malware ketika user online. Takkan beratus2 pegawai IT kat KPM tak boleh
kenalpasti perkara basic seperti ini?
2. Microsoft sendiri tidak menggalakkan penggunaan browser tersebut sekarang.
Bagaimana KPM boleh membuat sistem yang menggunakan teknologi lama dan tak
compatible kepada hampir semua browser utama (yang lebih selamat) di seluruh
dunia? Sistem tersebut TIDAK BOLEH digunakan di Chrome, Mozilla dan Safari yang
mewakili hampir 80% pengguna komputer di seluruh dunia.
3. Kenapa semasa proses development sistem TIDAK mengambil kira perkara ini
yang menyusahkan ramai user sistem tersebut? Adakah penggunaan Microsoft Server
yang mahal kos tersebut berbaloi dengan kos sistem tersebut yang jauh lebih
murah menggunakan open sources seperti Linux, Redhat dsb. Berapa banyak
pembaziran oleh KPM membangunkan sistem yang berpuluh juta ini.
4. Ia juga menyebabkan beribu-ribu pengguna Mac (Apple) langsung tidak boleh
menggunakan sistem ini kerana ia hanya boleh menggunakan Internet Explorer.
5. Selain itu, disebabkan bandwidth laman KPM yang terhad, sistem SPPBS yang
dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk di access oleh beratus ribu guru
di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama. Ramai guru terpaksa bangun pukul
2-3 pagi semata-mata nak mengisi markah murid yang langsung tidak dapat di
masuki pada sebelah siang. Ditambah dengan tarikh tutup yang ditetapkan oleh
KPM kepada beratus ribu guru.
Saranan yang telah dibuat:
1. Penambahbaikan sistem dalam stage akan datang yang membolehkan sistem di
access oleh semua browser (compatibility). Semua orang yang develop sistem
benci dan mengelakkan menggunakan Internet Explorer (versi 10 dan ke bawah)
yang developer tahu kelemahannya yang ketara. Tetapi kerajaan menggunakan juga
sistem ini. Semua orang gelakkan sistem ketinggalan zaman yang masih
menggunakan Internet Explorer pada tahun 2013.
2. Bandwidth server untuk access ke dalam sistem perlu di tambah. Fikirkan
berpuluh ribu guru seluruh Malaysia access pada masa yang sama terpaksa
membuang masa terlalu lama memasukkan data, tidur lewat malam, bangun awal pagi
semata-mata kelemahan sistem ini. Kemudian mengajar pada waktu siang pula.
Pernah orang KPM mengambil kira perkara ini?
Harap dapat membuat penambahbaikan secepat mungkin untuk kebaikan semua. Idea
KPM dalam SPPBS ini amat dipuji dan sepatutnya perkara begini tidak berlaku
sebab skala penggunakan sistem yang meliputi beratus ribu pengguna.
Ia hanya menyebabkan matlamat utama penggunaan sistem ini sukar di capai dan ia
hanya menyusahkan guru-guru yang semakin terbeban. Bukan terbeban memasukkan
data tetapi terbeban menunggu sistem loading dan tak compatible yang memakan
masa terlalu lama untuk di access.
Guru IT .
#Catatanguruert: Semoga dibuat penambahbaikan agar dapat
mengurangkan stress di kalangan guru-guru.
0 comments:
Post a Comment
Komen anda