Selamat Hari Raya


Assalamualaikum w.h.t
与E化么M么个
行么民i
民公¥么
么iDi化于i个民i
M么么于
Z么Hi民
B么个i几..Ikhlas dari saya dan keluarga.

Ketika entri ni masuk Syawal dh masuk Hari kedua.Alhamdulillah lebaran tahun ini disambut meriah walaupun macam beberapa tahun yang lalu...menumpang keriuhan di rumah kakak sulong.Beginilah keadaannya selepas pemergian bonda sejak 2006 dulu dn saya memang tidak berkesempatan langsung 'mempunyai'ibu dn ayah mertua...mereka pergi dulu sebelum saya dan encik suami disatukan. Jadi...anak2 sayapun dah terbiasa menyambut raya dengan satu nenek dan tokki saja sejak kecil. Bermula 2007 bagi saya sebagai anak, hanya pusara bonda dn kedua mertualah makna sebenar kemeriahan pagi syawal kami selain dapat berkumpul dgn adik kakak,anak buah dn cucu saudara yang kian bertambah saban tahun.
    Walaubagaimanapun pada usia begini kemeriahan aidilfitri sebenar pastinya milik mutlak anak2 terutamanya sibungsu saya Ayshah, dgn baju rayanya,kasut raya,tudung raya yg bertingkat2..dn kemuncaknya tentulah jumlah kutipan duit raya...
     Alhamdulillah tahun ini rasanya agak lama juga kami dapat berkumpul dan hampir kesemua sanak saudara berjaya kami ziarahi atau bertemu mata..terima kasih Ya Allah! Kerana memberi kesempatan pada hambaMu ini mengharungi bulan Ramadhan dengan pengisian yang amat bermakna dan Sambutan Syawal yang agak 'berkualiti'.Subhanallah! pemergian Ramadhan tahun ini berjaya diiringi dengan Solat Tasbih...Allahuakbar! dan kedatangan Syawal diiringi dengan Tazkirah sesama ahli keluarga besar kami di sebelah encik suami di Kampong Atas Tol,Kuala Terengganu.


Alhamdulillah...Ya Allah satukan hati kami dengan Rahmat dan HidayahMu

Sambutan Aidilfitri dua Tahun lepas
Di Lokasi yang sama.




0 comments:

Post a Comment

Komen anda