PERCUBAAN SPM PUN BERMULA

Assalamualaikum w.h.t

Maka hari ini bermulalah peperiksaan percubaan SPM bagi semua calon SPM di SMKRMM.Pada mereka semua saya ucapkan Selamat Maju Jaya.

Hari ini saya mengawas peperiksaan dua calon yang sakit.Kedua duanya dari kelas yang sama...di kelas 5 Tassawur.Dan kedua-duanya cedera di sebabkan kemalangan motosikal ketika nak ke sekolah.Hai...entahlah inilah antara sebabnya saya sebagai ibu tidak pernah bersetuju apabila anak2 nak menunggang motor,kerana memikirkan terlalu banyak bahaya menanti sebnrnya samada menunggang atau membonceng motosikal.  Malang tak berbau...tapi kita dah boleh agak baunya tuu...panjang pulak bebelan saya ye...

Kepada keduanya kuatkan semangat untuk berjuang dn menahan sakit.Tentu ada hikmah di sebaliknya.Cikgu doakn anda berdua tabah menempuhi ujian dan peperiksaan ini.Semoga lebih berhati-hati di lain kali.





Ke dua pelajar sedang tekun menjawab kertas 2
Bahasa Melayu

0 comments:

Post a Comment

Komen anda