TEKNIK MENJAWAB



Assalamualaikum semua,


Diam tak diam, bulan Jun dan ke penghujungnya...dalam
Kredit:En Google.
kelam kabut meninggalkan kerja kepada para pelajar kerana urusan pemantauan PBS di beberapa buah sekolah di daerah Kuala Selangor,saya dapati Jadual Program Kecemerlangan(TEKNIK MENJAWAB) PMR & SPM 2013 terletak elok di atas meja saya di bilik guru.  Kedua-dua Jadual tersebut agaknya 'pelik'agaknya kerana 'tuannya' tidak mengusiknya sekian lama...rupanya dah seminggu terbiar di situ.Maklumlah tuan tanah sibuk dengan jadual Pemantauan PBS dan terkena pulak Pengumuman 'Cuti Berganti' mengejut kerana jerebu pada awal minggu ini.Kebetulan  tarikh Teknik Menjawab bagi kedua-dua Subjek yang melibatkan saya iaitu KHB/ERT (PMR) dan ERT(SPM) jatuh pada tarikh yang sama iaitu pada Khamis 4/7/2013.

Menyentuh tentang Jadual Program Kecemerlangan(TEKNIK MENJAWAB) PMR & SPM 2013,hari ini saya dijemput memberi Ceramah (TEKNIK MENJAWAB) SPM 2013 di sebuah sekolah di daerah saya.Kerana tidak ingin menghampakan rakan tersebut sayapun terimalah permintaannya.Pada Allah saya berdoa semoga Dia Permudahkan dan memberi kesihatan yang baik dan lebih penting lagi semoga pelajar2 di sekolah tersebut mendapat manfaat di atas perkongsian maklumat yang saya sampaikan. Alhamdulillah pagi-pagi lagi lebih kurang 7.20 minit saya bertolak ke destinasi tersebut...maklumlah jaraknya agak jauh juga sekitar 30 km dari Bestari Jaya ke Tanjung Karang.Di sebabkan hari ini merupakan hari cuti (Sabtu),jadi perjalanan agak lancar.Kebetulan saya dihantar'anak bujang' yang baru balik bercuti.Jadi,sayapun mengambil peluang ini untuk bersantai-santai duduk di  bahagian penumpang sambil merehatkan diri,maklumlah sebelumnya dah lima hari saya dah ke sana-sini satu daerah,(sebenarnya 5 buah sekolah je pun..)menjalankan tugasan Pemantauan PBS!.

Saya bersyukur sangat kerana Program yang dirancangkan berjalan lancar dan para pelajar yang terlibat telah memberikan kerjasama yang sangat-sangat memuaskan.Begitu juga dengan rakan-rakan guru saya di sekolah tersebut,siap menyediakan kek yang sangat enak,nasi lemak dengan pelbagai lauk pauk.,maklumlah guru-guru ERT! terima kasih semua ya.Terima kasih tidak terhingga pada Cikgu Surriana,Cikgu Haryana dan Cikgu Warden!. 

Alhamdulillah Program yang dirancang dapat dilaksanakan seperti yang dijadualkan.Empat Jam yang diperuntukkan (8.00-12.00 tgh) terasa amat singkat!.Semoga dapat manfaat bersama dan semua pelajar diberi kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan SPM nanti.Ameenn.



Tekun dan Serius....Contoh Calon SPM Cemerlang!


Kehadiran Yang baik di Pagi Sabtu(30/33)



Ada Yang Serius,ada yang sempat bercerita!


Para Pelajar Tekun menjawab soalan semasa Bengkel diadakan..


Bersama Cikgu Surriana Ahmad

He..He..
sempat lagi Cikgu Surriana menghias kek!

Sarapan yang Awesome gitew!!!

Sempat lagi saya dapatkan resipi kek!

Buah tangan...'Kerepek Segar Dari Ladang'

Terima Kasih!!!







0 comments:

Post a Comment

Komen anda