HENDAK SERIBU DAYA

         Kira-kira dua minggu lagi acara 'besar' bagi kami di bawah bidang Teknik dan Vokasional akan bermula.Seperti biasa kira2  satu atau dua minggu lebih awal,Ketua Bidang akan mengedarkan borang perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Panitia2 di bawah Teknik & Vokasional.Macam selalulah...bagi Panitia yang 'solo'..tiada ahli lain...mulalah sya ligat memikirkan aktiviti2 yang hendak dilaksanakan nanti.Bukan apa,jika Panitia lain bolehlah diagih2kan tugasan2 tersebut tapi jika kita keseorangan...perlulah fikir-fikir dan fikir  kemampuan diri dari segi 'mental dan fizikal.

Setelah puas, (he he) puaslah sangat!...Cadangan Aktiviti Pan. ERT untuk Minggu Tek & Vokasianal pada 2013 ialah

  • Pertandingan Menghias Kek Cawan
  • Pertandingan Menjahit Butang dan lubang Butang
  • Pertandingan Menjahit Jahitan Hiasan
  • Pertandingan Menjahit dan Memperagakan Baju Kurung Tradisional 
  • Pertandingan Melakar Jubah Muslimah  

        Waaah! aktiviti yang bertanda di atas tu...sebetulnya amat mencabar. Maklumlah deme semua bukannya dah pro menjahit...tapi sya cabar diri sya untuk memastikan para pelajar sya sekurang2nya dapat menjahit baju sendiri selepas habis sekolah nanti...sya berdoa,biarlah ianya merupakan kemahiran yang mereka dapat,hasil sedikit ilmu yang dikurniakanNya kepada sya....menjadi satu kenangan abadi dn boleh digunakan oleh anak didik sya hingga ke hari tua mereka. Inshaa Allah.



0 comments:

Post a Comment

Komen anda