Hari ini 7.3.2013....pagi2 lagi saya dan seorang rakan dalam panitia bergegas ke sebuah sekolah berdekatan kerana sebuah pemberian....
Entah kenapa sekolah mereka mendapat barangan yang berlebihan...malah tidak dapat digunakan pun kerana tiada elektif yang berkaitan dengan alatan yang diberikan... Alhamdulillah agaknya dah memang rezeki 'kami'...maklumlah 'kami' baru mendapat bangunan baru....makmal dan bengkel baru...tetapi malangnya tidak dibekalkan dengan peralatan baru...jadi...betullah barangan/alatan yang tidak diperlukan...oleh sekolah berkenaan telah ditentukan menjadi rezeki kami....jadi hari ini dalam sejarah sekolah kami...tepatnya panitia kami...berjaya mendapat barangan berikut:
4 unit dapur Zanussi
2 unit mesin jahit KONWA
1 unit blender
4 unit hand mixer
3 unit microvawe sharp
2 unit penimbang
1 set cooling tray
5 unit dulang besar
1 unit first aid dll lagi untuk SPN...
Bersyukur pada yang ESA.Kenapa saya begitu gembira....sebenarnya saya gembira untuk para pelajar.....yang disayangi. Walau bagaimanapun hanya tuhan sahaja yang tahu cabaran nak mendptkan 'Sebuah Pemberian ini'...bukan senang-senang...Ada hati yang sedikit robek...menyesalpun tak guna...biarlah ianya tersimpan di sudut hati...sebagai sebuah kenangan pahit manis...di dunia perkhidmatan saya sebagai sorang pendidik...jauh sekali saya menyimpan dendam....tp sebagai ingatan untuk diri saya....bertolak ansur dan bekerja sama sangat2 penting bagi kita dalam sesebuah Panitia....janganlah ada perkataan..."itu barang untuk panitia kau"...nape orang lain nak kena bersusah payah"...uruslah sendiri...bagi saya "agak kejam"...ungkapan begitu...sesuai ke??? barangan seperti dalam gambar di bawah(walau...bukan semua...)kami guru perempuan nak angkut...dari lori ke Tingkat atas...di Bengkel Masakan....Semoga kejadian begini tidak berlaku kepada orang lain....biarlah saya saja yang merasai keperitannya....Saya memohon keampunan kepada Allah...jika ini semua kesalahan saya...dan saya menerima dengan redha jika ini ujian untuk saya..............
![]() |
Terima kasih tidak terhingga kepada mereka ini...walau bukan sapa2 kepada kami...Mereka Bukan 'Ketua Panitia' kami....Jasamu sangat2 dihargai. |
![]() |
Ingatkan Cake TRAY...rupa-rupanya.....Cat's House... |
Kepada yang membantu saya hari ini sekalung terima kasih.....semoga Allah jua yang dapat membalasnya...............kepada yang 'menguji' sayapun terima kasih juga....Tak lupa terima kasih kepada Cikgu Arbaidah dari SMK(A) Kuala Selangor.... "Selamat Bersara"...Semoga lebih banyak masa dapat diluangkan untuk mengejar 'Saham Akhirat". W-salam.
0 comments:
Post a Comment
Komen anda